Cakap tak serupa bikin.
DAP dahulu pernah menjadi parti ekstrem dengan tuntutan kaedah kontrak kerajaan secara tender terbuka.
Tapi, berlainan pula tindakan mereka sekarang bila orang DAP dan ahli keluarga parti pemimpin mereka dapat kontrak terus (direct nego).
Nampak gaya bila dah jadi kerajaan DAP tutup mata dan pilih kasih dalam pemberian kontrak kepada Asia Mobility yang membabitkan suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeo.
Pelik bin ajaib, pengecualian istimewa diberikan kepada DAP dan kroninya.
Masih segar dalam ingatan rakyat, kritikan melulu DAP terhadap Tun Mahathir dan Najib. Bekas pemimpin negara dimaki hamun oleh DAP yang pemimpin negara tidak berprinsip mengkayakan diri sendiri dan kelompok sendiri.
Kini, DAP membisu dalam isu kontrak projek pengangkutan Selangor kepada syarikat suami menteri kabinet Hannah Yeoh.
Ini ternyata bercanggah dengan amalan CAT yang dicanangkan oleh kepimpinan DAP sebelum ini iaitu competency (kecekapan), accountability (akauntabiliti) dan transparency (ketelusan).
Kerajaan Selangor wajib beri butiran penuh pelantikan Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobility) dan membolehkan maklumat berkaitan perolehan dapat diakses secara terbuka.
Konflik kepentingan dalam pelantikan dan kekurangan ketelusan berhubung proses pelantikan menjadi perbualan hangat netizen.
Wan Idris
Setiawangsa
Disclaimer: The opinions expressed in this content are solely those of the author and do not necessarily reflect the views or opinions of Suara Negara. Suara Negara is not responsible for any views, thoughts, or opinions presented in this material.